background

Monday 9 January 2012

Sleeping beast + naikkan berat!!!

bila penat..aku tido..bila boring..aku tido..bila stress..aku tido...aku ase aku ni dah macam beruang jek..tido..tido..tido...hahaha..
aku target nak naikkan berat badan aku..yela..mana tak nyer..lepas SPM jek berat aku turun..masa zaman sekolah berat aku 45 Kg..sesuai la dengan kependekkan aku ni kan....tapi sekarang berat aku 36 Kg..hahaha...gila tak gila..before putus cinta berat aku 41 kg..lepas putus dia turun sampai 36..dalam masa 3bulan jek taw..haha...dasyat..sesapa yang nak kurus tuh aku cadangkan korang untuk putus cinta..hahaha..takla..aku gurau jek..putus cinta tuh sakit woo..sebab tuh berat aku turun kot..kahkahkah..sekarang ni..aku tengah mencuba menaikkan berat badan aku..aku minum susu banyak2..aku makan nasi banyak2..(tapi before ni pon aku memang makan banyak)..aku bukan tak bersyukur dengan apa yang ada pada aku..tapi aku terasa terlalu kecik and kurus..kadang2 makcik pakcik jumpa aku..depa buleh cakap aku ni sekolah rendah...haha...sedey kot..aku ni dah abeh sekolah lahhh...malu cek taw..semua cakap lepas aku kawin nanti baru berat aku naik..hurm..kalu aku kawin lambat..lambat la berat aku naik??kalau la aku takda jodoh dengan sesiapa kat dunia ni (mintak dijauhkan)..cane lak??aku try nak beli ubat kat farmasi..pill or susu2 yang dok keluar kat Tv..tapi ayah tak bagi..ayah cakap nanti ayah bawak aku jumpa doktor..and dapatkan nasihat doktor..okeh ayah..adik tunggu time ayah nak bawak adik tuh..nanti ayah bawak kakak2 adik sekali taw..tapi bukan tok mengemokkan badan..untuk kurus..hahaha..sorry sis...haha
orang kurus nak gemok..orang gemok nak kurus..itu la manusia kan??tak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka ada...termasuk la aku..

Sunday 8 January 2012

sunyi ker?

single..
aku la tuh..aku takde kekasih hati pengarang jantung...dulu pernah ada..tapi tak lama..aku hanya mampu bertahan 3 tahun dengan dia..takda jodoh..apa yang aku nak cite kat sini..bila dulu menjadi kebiasaan aku massage or call selalu..kuar dating bila berkesempatan (dengan keizinan ayah dan bertemankan kakak2 yang tercinta yer...hehe)..and senang nak cakap ada tempat mengadu bila aku ada masalah..sekarang dah takda..aku sendiri tak percaya bila 3 bulan pertama lepas putus dengan dia aku jadi down sangat2..aku tak jadi diri aku yang selalu happy ni..aku tak percaya yang aku biarkan diri aku ni disakiti and sedih untuk orang yang tak sepatutnya..bila aku termenung sekarang aku akan rasa menyesal sebab sedih sangat-sangat masa putus arituh...sampai aku tak boleh duduk sorang-sorang..aku akan menangis..sunyi?memang...untuk permulaan aku terasa sunyi sebab mindset aku just aku nak dia..tapi bila family, kawan support and paling penting bila aku mengadu di atas tikar sejadah..lama-lama aku ok..aku tak teringat dia da..aku tau yang doa aku Allah dengar..dia sayang aku..as anak yang paling last and muda..aku tak sepatutnya bercinta..tapi family aku support aku..depa ceriakan aku..tambah-tambah abang aku..dia garang..dari apa yang akak-akak aku cerita masa aku down tuh..dia nak spend time dengan aku..dia ajak aku and akak2 aku lepak minum pukul 2pagi sebab dia baru tau aku putus cinta,..dia kejut aku and pujuk aku kuar dengan dia..and dia tunggu aku dalam kereta walaupun hakikatnya abang aku tak suka menunggu..aku rasa kelakar and terharu..family and kawan2 aku memang yang terbaik!!
aku menyesal bercinta..serius..aku tak nak dah bercinta..bukan taknak..nak tapi bukan sekarang...banyak lagi masa kan??hehe..so far ni aku berjaya mengelak diri dari jatuh suka or jatuh cinta dengan mana2 kaum Adam..aku cuma terminat dekat ahli kumpulan Super Junior yang nama Lee Hyuk Jae or Eunhyuk..hahaha...minat kat orang yang tak kan sakiti aku..at least si Eunhyuk ni tak kan tinggalkan aku and tak kan sakiti ati aku kan??hahaha..sebab dia kenal aku pon tak..aku sumpah!sekarang aku tak sunyi langsung..aku ada Allah, Family, kawan-kawan and Eunhyuk(hehe)..




ok..ni Eunhyuk sayang..hahahaha..

Tahun Baru..Semua kene baru..

Salam..korang mesti tahu kan..sekarang ni dah tahun baru..hehe..aku pon ada banyak benda baru nak buat..banyak sangat2..tapi bukan la aku nak pi perabis duit ayah and bunda aku untuk shopping barang baru..ni pasal perangai...pasal cara aku dengan kawan2, dengan family dan paling penting tentang aku dengan Dia...
Dia yang dimaksudkan bukan la special boyfriend...ni lagi special dari tuh...paling istimewa di hati aku..selain ayah, bunda and adik beradik..korang mesti tau kan.. =p
aku hope aku berjaya menjadi orang baru seperti apa yang aku harapkan...Insya Allah..

Sunday 11 December 2011

~Sedar Diri~

Assalamualaikum...

Aku arini nak story pasal aku..aku nak story pasal aku yang sedar diri..sedar diri pasal apa?aku sedar yang aku tak pandai..tapi aku ni kategori sengal tahap sakai..sebab?sebab dah tau tak pandai tak reti nak belajar pandai-pandai...kn kn??aku bukan taknak belajar sampai pandai...tapi setiap kali aku cuba memahami apa yang aku belajar..and aku tak paham-paham..mesti aku fed up..aku pon tak tau nak buat macam mana...aku bukan nya sengaja nak jadi sengal camnih..ada ke orang yang dengan rela hati and dengan sengaja jadi sengal and sakai..??haha..mana ada kan..aku pon taknak...aku tak tau la..pointer aku turun sem nihh..sedih gila..and aku kene repeat subject sampai dua..haih...aku tak malu nak story kat sini yang aku kene repeat..sebab aku tau yang aku tak berusaha lebih-lebih..takpe la..ayah and family aku takde la marah..tapi aku nampak la muka ayah aku n yang len macam tak ok..hurm...aku kene tukar stratergi belajar  la..aku tak tau camne..tapi aku cuba jugak...manusia tak dilahirkan untuk menjadi orang yang gagal kan??cuma cara nya tak kena and takde rezeki...akan cuba lagi pas ni..chaiyokkkk!!!

Thursday 8 December 2011

I Love You



Did it pass by...Our love
Is it just a heart-breaking memory..
It's turning around...Your heart...
Can't I catch it with my tears...

My love I love you, I love you..
Are you listening...
My love...Don't forget...
Don't erase...Our love..

Can you see my tears. I long for you all day
My heart beat when we kissed but now it's all a memory

My love I love you, I love you...
Are you listening
My love Don't forget 
Don't erase... our love..

Everyday I long for you. 
That's how my day goes by. Where are you...
I'm sorry I'm sorry that I can't forget you...
My love come back to me.. Don't leave my side, please...



Friday 2 December 2011

12 AURAT WANITA


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu..wallahua'lam

Wednesday 30 November 2011

~Rasa~

Apa yang aku rasa eh?pelik..kadang2 sakit hati kalau dengar nama dia...kadang2 sakit perot dengar nama dia..sakit macam masuk angin..sakit leh muntah2..tapi nape eh?dulu aku ari2 suka dengar nama dia..hai la..manusia berubah and aku pon berubah..hati aku berubah bila dia yang berubah dulu..
aku taknak dia dah..and aku hope dia tak kan cari aku..rindu aku or pape la yang ada kaitan nan aku..
i need my beautiful life again..i need that back..but i don't need man..